Perjalanan
ke sana
Pelancong
boleh berkunjung ke Tasik Bera dengan kenderaan sendiri
atau kenderaan awam seperti teksi. Tempoh perjalanan
kira-kira 1 jam 30 minit dari Bandar Temerloh.
Penginapan
Pesona
Lake Resort menyediakan kemudahan penginapan yang
selesa dengan kadar bayaran yang berpatutan. Bagaimanapun
pengunjung juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan
yang disediakan Jabatan.
Aktiviti
Pelbagai
aktiviti berkonsepkan alam semulajadi dan kebudayaan
disediakan disini seperti meredah hutan, memancing,
memerhati burung, menyusur tasik dan sungai dengan
perahu jalur, melawat taman herba dan kaum orang asli
Semelai. Manakala untuk aktiviti kebudayaan yang melibatkan
kaum Asli Semelai adalah seperti mencari dan mengambil
damar pokok keruing, sewang, menuai padi dan kraf
tangan.
Untuk
maklumat lanjut sila hubungi:
Pengarah
Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera
Mini Pos Bandar 32, 23350 Triang, Pahang
Tel:09-2556546
Faks: 09-2556546 |