Jabatan merancang,
melaksana, memantau dan menilai pembangunan serta
pengurusan lestari ekopelancongan di semua kawasan
di bawah seliaan Jabatan.
Program
ini terbahagi kepada 3 fungsi seperti berikut:
•
Perancangan
Pembangunan Lestari Ekopelancongan -
Pembangunan dan pengurusan lestari produk ekopelancongan
alam semula jadi, di kawasan perlindungan dan
pusat konservasi Jabatan.
•
Pemantauan
dan Penilaian Ekopelancongan -
Pemantauan dan penilaian pembangunan dan pengurusan
lestari ekopelancongan alam semula jadi di kawasan
perlindungan dan masyarakat tempatan.
•
Rekabentuk
Lanskap Ekopelancongan -
Merancang dan merekabentuk lanskap, kemudahan
dan aktiviti bercirikan pembangunan kemudahan
mesra alam.