Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  KAWASAN PERLINDUNGAN  
     
 
Pengurusan Taman Negara
Pengurusan Rezab Hidupan Liar
Pengurusan Tapak Ramsar dan Tanah Lembap
Bersama Komuniti (Community Outreach Programme)
...................................................................................................................................................................................................................
<<kembali
 
PENGURUSAN TAMAN NEGARA
1.
Perlaksanaan program ini termasuklah perancangan dan perlaksanaan dasar dan aktiviti di Taman-Taman Negara selaras dengan perundangan, peraturan dan konvensyen sedia ada ke arah konservasi biodiversiti yang lestari. Program pengurusan Taman Negara diselaraskan di bawah aktiviti-aktiviti utama berikut:
 
i.
Penyediaan Pelan Pengurusan dan Penyediaan Pelan Operasi Tahunan
   
ii.
Pemantauan pencerobohan
Aktiviti ini dikendalikan melalui penguatkuasaan Enakmen Taman Negara Pahang, Terengganu dan Kelantan; Akta Taman Negara 1980 serta Akta Perlindungan Hidupan Liar No 1972 . Peranan ini diselaraskan bersama aktiviti utama penguatkuasaan Jabatan dan Pengawalan sepenuh masa Taman Negara.
   
iii.
Penyelenggaraan sempadan kawasan perlindungan
Aktiviti ini termasuklah penetapan sempadan sebagaimana dihuraikan dalam warta kerajaan melalui pengukuran, penandaan dan penyelenggaraan rentis sempadan Taman Negara.
   
iv.
Pengurusan Program Penyelidikan di Kawasan Perlindungan
Aktiviti di bawah program ini termasuklah mengenalpasti keperluan penyelidikan di dalam Taman Negara, mengutip maklumat asas, memantau penyelidik luar yang menjalankan penyelidikan serta menyediakan pangkalan data mengenai penyelidikan di dalam Taman Negara.
   
v.
Pengurusan Program Ekopelancongan dan aktiviti rekreasi
Pelaksanaan aktiviti di bawah program ini termasuklah pengurusan kemasukan pelawat, perancangan dan penyediaan dan penyenggaraan kemudahan untuk pelawat, penyediaan infrastruktur untuk aktiviti rekreasi dan interpretasi. Pelaksanaan aktiviti ini diselaraskan di bawah aktiviti utama ekopelancongan Jabatan.
   
vi.
Pengurusan Sumber Biodiversiti
Aktiviti yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memulihara biodiversiti secara in-situ yang dikendalikan pengkayaan habitat, mengawal penyebaran spesies asing, melindungi melalui penzonan ekosistem istimewa yang telah dikenal pasti mempunyai kepentingan konservasi biodiversiti.
   
2. Berikut adalah senarai Taman Negara di bawah tadbir urus Jabatan PERHILITAN:
 
i.
ii. Taman Negara Pulau Pinang