Web
  www.wildlife.gov.my
 
   
 
 
  KAWASAN PERLINDUNGAN  
     
 
Pengurusan Taman Negara
Pengurusan Rezab Hidupan Liar
Pengurusan Tapak Ramsar dan Tanah Lembap
Bersama Komuniti (Community Outreach Programme)
...................................................................................................................................................................................................................
<<kembali
 
PENGURUSAN REZAB HIDUPAN LIAR
1.
Perlaksanaan program ini termasuklah perancangan dan perlaksanaan dasar dan aktiviti dalam menguruskan kawasan-kawasan Rezab Hidupan Liar. Hampir semua rezab ini di wartakan semasa Jabatan-Jabatan PERHILITAN Negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972. Sebahagian besar daripada Rezab Hidupan Liar ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan manakala yang lain bertindih dengan guna tanah lain seperti hutan simpan. Pelan-pelan pengurusan juga telah disediakan sebagai panduan bagi menguruskan rezab-rezab ini secara tersusun dan lestari.
   
 
Program pengurusan Rezab Hidupan Liar diselaraskan di bawah aktiviti-aktiviti utama berikut:
i.
Penyediaan Pelan Pengurusan untuk Rezab-Rezab Hidupan Liar.
Penyediaan dan perlaksanaan Pelan Operasi Tahunan (Annual Operational Plan) juga kemudiannya dilaksanakan untuk setiap Rezab Hidupan Liar selaras dengan pelan-pelan pengurusan berkenaan.
ii.
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan pencerobohan
Aktiviti ini menjurus kepada penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar No 76/1972 dan lain-lain peraturan yang berkaitan, pemantauan ke atas pencerobohan kawasan dan aktiviti yang merosakkan sumber biodiversiti, pengambilan sumber Rezab Hidupan Liar. Peranan ini dilaksanakan melalui aktiviti operasi serta rondaan di dalam dan sempadan Rezab Hidupan Liar dan diselaraskan bersama aktiviti utama penguatkuasaan Jabatan.
iii.
Pewartaan, Persempadanan dan penyelenggaraan sempadan Rezab Hidupan Liar
Aktiviti ini termasuklah mengenal pasti kawasan yang perlu dijadikan Rezab Hidupan Liar, menjalankan peraturan pewartaan, penetapan sempadan sebagaimana warta sedia ada melalui pengukuran semula sempadan, penandaan sempadan di lapangan dan penyelenggaraan kawasan sempadan melalui pemasangan dan membaikpulih papan tanda sempadan serta penyelenggaraan rentis di sepanjang sempadan Rezab Hidupan Liar.
iv.
Pengurusan Program Penyelidikan di Kawasan Perlindungan
Aktiviti di bawah program ini termasuklah mengenal pasti keperluan penyelidikan di dalam Rezab Hidupan Liar, memantau penyelidik yang menjalankan penyelidikan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menyediakan pangkalan data mengenai penyelidikan di dalam Rezab Hidupan Liar.
   
v.
Pengurusan Program Masyarakat Setempat
Fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat setempat mengenai kepentingan Rezab Hidupan Liar dan mewujudkan satu platform bagi mewujudkan persefahaman dan penyelesaian konflik antara pengurusan Taman Negara dan penduduk setempat.
vi.
Pengurusan Program Ekopelancongan dan aktiviti rekreasi
Perlaksanaan aktiviti di bawah program ini termasuklah pengurusan kemasukan pelawat, perancangan dan penyediaan dan penyenggaraan kemudahan untuk pelawat, penyediaan infrastruktur untuk aktiviti rekreasi dan interpretasi. Perlaksanaan aktiviti ini diselaraskan dibawah aktiviti utama ekopelancongan Jabatan.
vii.
Pengurusan Sumber Kepelbagaian Biologi
Di bawah Pengurusan Sumber Kepelbagaian Biologi, aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk memulihara kepelbagaian biologi in-situ di kawasan perlindungan. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Merancang aktiviti pengkayaan habitat dan sumber kepelbagaian biologi, mengawal penyebaran spesies asing, memulihara dan mengurus ekosistem istimewa yang telah dikenal pasti mempunyai kepentingan konservasi biodiversiti.
   
Senarai Rezab Hidupan Liar di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN